fb fb fb fb fb

Lapan kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga di utara Semenanjung

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.

"Suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ .

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI