fb fb fb fb fb

Lapan buah rumah terbakar waktu Subuh, 20 penghuni hilang tempat tinggal

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 22 Mac- Empat buah rumah musnah 100 peratus manakala empat buah lagi hangus 25 peratus dalam kejadian kebakaran di Lorong 16 Kampung Haji Baki Kuching awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melaporkan kebakaran melibatkan 20 mangsa yang mendiami rumah jenis dua tingkat separuh kekal.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.22 pagi dan 28 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Padungan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Api dapat dikawal pada 6.38 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE