fb fb fb fb fb

Langkawi Writers' Festival bawa penulis tempatan dan antarabangsa

KUAH, 1 September- Langkawi Writers’ Festival bakal membawakan penulis tempatan dan antarabangsa, ahli ekonomi, penyair, wartawan dan intelektual.

Festival selama empat hari yang membuka tirainya hari ini turut membawa semua yang terlibat untuk meneroka idea, berkongsi cerita dan mencetus topik perbualan.


(Pengarah Langkawi Writers’ Festival, Morne Hashim)

Pengarah Langkawi Writers’ Festival, Morne Hashim berkata, program sama turut diisi dengan forum, tayangan filem, persembahan teater kanak-kanak, bicara karya, bicara filem dan malam puisi.

"Kita bukan seyembara…Kita bukan seyembara, tapi kita lebih bersifat kepada forum, perbahasan, pertukaranidea dan kita juga mengadakan perbincangan skrip dan untuk kali ni kita memfokuskankepada penterjemahan," katanya di sini.

Antara panel yang terlibat ialah Sasterawan Negara ke-10, Dato Dr. Anwar Ridhwan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib, Presiden Pena, Dr. Saleeh Rahamad, U-Wei Haji Saari dan SabriYunus.

Manakala penulis tamu pula Eka Kurniawan diterbangkan dari Jakarta dan Robert Yeo dari Singapura.

Langkawi Writers’ Festival berlangsung di Panggung Seni Kota Mahsuri dianjurkan oleh Morne Art Gallerydengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Lembaga PembangunanLangkawi dan Balai Seni Negara Cawangan Langkawi.

Media Baharu