GEORGE TOWN, 9 Julai - Kerajaan tidak pernah menghalang kemasukan bekalan makanan import termasuk udang import ke negara ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.
Chan berkata, hal ini kerana kerajaan mengamalkan dasar perdaganan bebas dari segi pembekalan makanan.
Tambahnya lambakan isu udang perlu dilihat dalam dua sudut iaitu pengusaha tempatan yang sukar bersaing dengan pengimport.
Oleh itu, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu para pengusaha udang akan membantu dari segi pemasaran udang yang diternak mereka.
"Yang penting sekali untuk pengusaha ternakan udang tempatan ini ialah melihat kepada macam mana mereka memajukan daya saing mereka dan saya rasa isu ini lebih kepada soal mekanisme jualan," katanya ketika mengulas mengenai keluhan pengusaha udang berkenaan harga jualan udang tempatan yang turun lebih 40 peratus sejak dua bulan lalu berikutan peningkatan kemasukan udang import.
(Chan (tengah) merasmikan majlis penutup Penang Fama Fest 2023/FOTO Chan Foong Hin)
Pengerusi Persatuan Industri Udang Malaysia Syed Omar Syed Jafaar berhubung lebih 3,000 syarikat pengusaha udang termasuk di Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung kerugian apabila harga jualan udang kurang daripada kos operasi.
Syed Omar berkata, lambakan udang termasuk udang import pada ketika ini kerana persaingan antara pengusaha-pengusaha ternakan udang dari negara jiran khususnya Thailand dan Indonesia.
"Bagaimanapun, lambakan udang ini dapat memberi kelebihan kepada pengguna kerana mereka dapat menikmati udang pada harga yang berpatutan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Penang Fama Fest 2023, di sini hari ini.
Turut hadiri Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Aminuddin Zulkipli.