fb fb fb fb fb

Madani Afiat perkasa kesihatan awam di Selangor

(Pelancaran Madani Afiat di Batu Caves, Gombak, Selangor hari ini)

GOMBAK, 9 Julai- Program Madani Afiat yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) mampu menyokong agenda pemerkasaaan kesihatan awam di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, program itu berperanan mendorong masyarakat untuk mendapatkan saringan kesihatan untuk pencegahan penyakit.

"Sedikit sebanyak ia (program) akan membantu kita, terutamanya menangani aspek kesihatan awam dan pencegahan masalah kesihatan melalui penglibatan terus dengan masyarakat," katanya selepas melancarkan program Madani Afiat di sini.

Hadir sama Menteri kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Madani Afiat turut melibatkan aktiviti turun padang iaitu lawatan rumah ke rumah bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan melalukan ujian saringan kesihatan.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, program terbabit bertepatan dengan reformasi kesihatan seperti terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan iaitu mempertingkat promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.

Selangor terpilih sebagai lokasi pertama bagi program berkenaan.

(Dr Zaliha Mustafa danĀ Amirudin Shaari)

Kerjasama PH-BN, mampu tawan Selangor Utara

Dalam perkembangan lain, Amirudin yakin kerjasama erat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu memperkukuh penguasaan kerusi, khususnya di kawasan Selangor Utara.

Jelasnya, semua pihak ketika ini mempunyai peluang sama rata bagi menawan kawasan berkenaan.

"Saya rasa persaingan masih terbuka di Selangor Utara untuk semua parti bersaing dan kita yakin dengan maklumat dan suntikan baharu kita akan berjaya menawan balik kerusi-kerusi di sana, bawah semangat Kerajaan Perpaduan.

Beliau mengulas usaha Perikatan Nasional yang mahu menawan Selangor Utara menjelang PRU DUN Ke-15, 12 Ogos ini.

Media Baharu