Laman sesawang KKM kembali beroperasi, insiden penggodaman diteliti

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Majlis Peluncuran AI for Community @ NADI serta perasmian NADI Kampung Parit Kemang, di sini / BERNAMA

BATU PAHAT, 27 Jun– Laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) yang digodam hari ini telah kembali beroperasi seperti biasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata insiden sedang diteliti untuk memastikan keselamatan data rakyat terus terjamin.
  • Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan dihubungi untuk mengenal pasti sama ada laman lain turut terjejas.
  • KKM mengesahkan laman sesawang rasminya digodam dan tindakan segera telah diambil bagi menanganinya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, insiden berkenaan sedang diteliti bagi memastikan keselamatan data rakyat terus terjamin.

“Pihak kerajaan akan meneliti perkara ini bagi memastikan keselamatan data rakyat Malaysia kekal terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran AI for Community @ NADI serta perasmian NADI Kampung Parit Kemang, di sini.

Menurut Datuk Fahmi, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan dihubungi bagi mengenal pasti sama ada terdapat laman sesawang lain yang turut terjejas susulan insiden berkenaan.

Terdahulu, KKM mengesahkan laman sesawang rasminya digodam, bagaimanapun tindakan segera telah diambil bagi menanganinya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.