Modul pendidikan AI diperluas ke 1,167 NADI seluruh negara

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Majlis Peluncuran AI for Community @ NADI serta perasmian NADI Kampung Parit Kemang, di sini / BERNAMA

BATU PAHAT, 27 Jun– Modul pendidikan kecerdasan buatan (AI), AI for Community @ NADI, akan diperluas ke semua 1,167 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif bertujuan memperkukuh akses inklusif kepada teknologi AI bagi memanfaatkan potensi kecerdasan buatan dalam komuniti.
  • Program melahirkan komuniti NADI yang menguasai Kejuruteraan Arahan Prompt dan menggunakan AI dalam kehidupan seharian.
  • Modul memberi pendedahan untuk menyokong perniagaan mikro, memupuk penggunaan bertanggungjawab serta tumpuan kepada kawasan luar bandar dan golongan muda.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu dilaksana bagi memperkukuh akses kepada teknologi berkenaan secara inklusif.

Jelas beliau, langkah tersebut menyokong hasrat melahirkan lebih ramai komuniti NADI yang menguasai Kejuruteraan Arahan Prompt serta mampu memanfaatkan AI dalam kehidupan harian.

“Saya lihat AI boleh digunakan untuk tujuan menjana pendapatan.

Program ini diharap dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa AI boleh dimanfaatkan jika kita gunakan dengan baik dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran AI for Community @ NADI serta perasmian NADI Kampung Parit Kemang, di sini.

Modul berkenaan turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan AI bagi menyokong perniagaan mikro.

Pada masa sama, ia turut menggalakkan amalan penggunaan teknologi berkenaan secara bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Datuk Fahmi turut meminta semua NADI memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman supaya lebih ramai komuniti, khususnya golongan muda, berpeluang mempelajari serta menguasai AI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.