fb fb fb fb fb

Laluan pintas Jalan Batu Pahat-Tanjung Laboh siap tahun depan

Kerja-kerja pembinaan semula disambung pada hujung tahun ini dan dijangka siap pada tahun hadapan

BATU PAHAT, 24 Oktober - Jalan pintas yang menghubungkan Jalan Batu Pahat ke Tanjung Laboh di sini, sejauh kira-kira 9.5 kilometer bakal digunakan sepenuhnya dalam tempoh setahun.

Kerja-kerja pembinaan semula disambung pada hujung tahun ini dan dijangka siap pada tahun hadapan. 

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pembinaan jalan raya yang bernilai RM29 juta itu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Bandar Batu Pahat di Jalan Persekutuan dan laluan FT 005. 

Ia sekali gus memberi manfaat kepada 50,000 pengguna jalan raya dalam masa sehari dengan jarak perjalanan mengambil masa hanya 10 minit.

"Sekarang baki kerja lebih kurang 13% dan kita jangka boleh siapkan dalam tempoh beberapa bulan, kalau ikutkan tempoh kontraktor memang setahun tetapi saya sudah bincang dengan Jabatan kerja Raya (JKR) Batu Pahat supaya dapat koordinat baik dengan kontraktor dan dipantau rapi JKR Batu Pahat supaya projek ini dapat disiapkan sesegera yang boleh, sebab ia tangguh lama daripada 2019/2020," kata Mohamad Fazli, di sini.

Antara kerja-kerja yang masih berbaki adalah adalah melibatkan kerja-kerja penyambungan elektrik seperti lampu isyarat, lampu jalan dan lain-lain dengan lebihan baki sebanyak RM4 juta.

Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2022 disebabkan prestasi kontraktor yang kurang memuaskan.

TETITIA YUSOFF