fb fb fb fb fb

Inisiatif Care-Economy berupaya tingkat pasaran wanita dalam pasaran buruh

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Langkah kerajaan menyediakan pusat jagaan mampu milik menerusi inisiatif Ekonomi Penjagaan (Care-Economy) berupaya meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh selaras dengan hasrat negara untuk memiliki 60 peratus tenaga kerja wanita menjelang tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif untuk golongan wanita dalam Ekonomi MADANI itu juga berupaya menggalakkan golongan berkenaan untuk kekal dalam pasaran kerja.

"Kerajaan akan terus melaksanakan MamaCare, pusat jagaan mampu milik untuk memudahkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh dengan lebih baik.

"Kementerian saya akan memberi tumpuan kepada dasar dan undang-undang yang lebih baik, ekosistem untuk menyokong wanita dan latihan, pembinaan kapasiti serta peningkatan kemahiran dan kemahiran semula untuk memastikan kita mencapai sasaran 60% itu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Praxis 2023 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE