fb fb fb fb fb

Dasar Karbon Kebangsaan siap tidak lama lagi- Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Dasar Karbon Kebangsaan yang bertujuan menyediakan panduan dan membantu usaha perdagangan karbon peringkat negeri dijangka siap dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini ditambah peruntukan untuk sukuk biodiversiti sehingga RM1 bilion yang diumum dalam Belanjawan 2024, membuka peluang untuk kredit karbon dikeluarkan.

"Kita sedang menggubal program ini, selari dengan Dasar Karbon Kebangsaan yang kita tengah siapkan di peringkat kementerian.

"Ia akan disiapkan dalam jangka masa terdekat sebab perdana menteri sudah umum bermakna kita mahu supaya ia dapat dilancarkan segera dan dapat dimanfaatkan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang hendak mencari dana untuk mengatasi masalah secepat mungkin,"katanya.

Beliau ditemui pada Persidangan PRAXIS 2023 anjuran Institut Kajian strategik Dan Antarabangsa ISIS Malaysia, di ibu negara.

Dalam ucapannya beliau berkata, sukuk akan digunakan untuk membiayai penanaman semula hutan yang terdegradasi untuk menjana kredit karbon.

Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan aset biodiversiti dalam perdagangan karbon pasaran melalui usaha pemuliharaan dan penghutanan semula.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE