fb fb fb fb fb

Laluan pantas Mahkamah Rendah Syariah dikembangkan ke Putrajaya

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Laluan pantas atau fast track Mahkamah Rendah Syariah akan dikembangkan ke Putrajaya sebagai antara usaha mempercepatkan penyelesaian kes tertunggak seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata ia susulan pencapaian cemerlang sebanyak hampir 98 peratus telah dicapai melalui penyelesaian kes di dewan laluan pantas Mahkamah Syariah

"Perkongsian pencapaian cemerlang mahkamah syariah wilayah persekutuan yang naratifnya sebelum ini agak negatif namun hari ini kita dapat menyaksikan perubahan dan transformasi yang dilakukan dan dibuktikan dengan penyelesaian kes yang sangat tinggi.

“Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak bekerja secara terasing bahkah sentiasa membuat libat urus agensi serta mencari ruang penambahbaikan proses perkhidmatan supaya sentiasa cekap dan kekal relevan sepanjang masa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas 50 tahun Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) di sini hari ini.

Beliau berkata selaras dengan nilai daya cipta dalam dasar Malaysia MADANI, MSWP perlu menggarap idea dan mencanai minda bagi menghasilkan pembaharuan perkhidmatan yang boleh memberikan impak signifikan kepada para pelanggan.

MSWP diwujudkan selaras penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 dan ketika itu dinamakan sebagai Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi.

ZEHRA BINTI ZAMBRI