fb fb fb fb fb

Laksana 1,754 projek pembangunan, tingkat kesejahteraan rakyat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 5 Januari - Kerajaan akan melaksanakan 1,754 projek pembangunan pada tahun ini bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan desa yang meliputi pecahan 480 projek baharu dan 1,274 projek sambungan. 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya akan mengoptimumkan penggunaan peruntukan yang diagihkan.

Seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi untuk manfaat negara dan rakyat secara keseluruhannya. 

"Berdasarkan kedudukan peruntukan pembangunan yang diterima di antara kementerian, KKDW berada di tangga ketiga selepas Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Ini jelas menunjukkan kepentingan Kementerian ini dalam membantu golongan sasar secara optimum melalui projek-projek yang telah diluluskan dan pelaksanaannya mesti digerakkan dengan seberapa segera," Zahid berucap dalam Majlis Amanat Tahun 2024 Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, di sini.

Jelasnya, kecemerlangan kementerian pada tahun lalu juga perlu diteruskan.

Ini khususnya apabila tahun lalu kementerian itu berjaya menyiapkan 1,500 projek akses perhubungan luar bandar berbanding sasaran 1,000 projek menyiapkan 388 projek Ameniti Sosial seperti balai raya, masjid dan tandas awam berbanding sasaran 200 projek.

TETITIA YUSOFF