fb fb fb fb fb

KWSP cawangan Jerteh dibuka semula

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka semula cawangannya di Jerteh, Terengganu, dan Kuala Krai, Kelantan bermula hari ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang telah surut.

KWSP turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ahlinya atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

"Walaupun situasi banjir di daerah yang terkesan menunjukkan tanda pulih, KWSP ingin menasihati ahli untuk terus berhati-hati dan berwaspada," katanya.

(FOTO HIASAN)

Kedua-dua cawangan berkenaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu semalam berikutan banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Media Baharu