fb fb fb fb fb

Kebakaran di Kampung Pulo Hulu, 14 orang tinggal sehelai sepinggang

SARAWAK, 20 Disember- Empat belas orang daripada lima keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami di Kampung Pulo Hulu, Kuching musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menjelaskan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.22 minit pagi.

 
(14 orang tinggal sehelai sepinggan selepas kebakaran awal pagi tadi di Kampung Pulo Hulu, Kuching)

Dua buah jentera bomba dan 2 Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan, EMRS bersama 22 anggota dari Balai Bomba Petra Jaya dan Padungan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi yang bertugas Herudin Herudin Ealhi memberitahu proses pemadaman melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat itu berjaya dipadamkan pada pukul 6.39 pagi.

Kesemua mangsa terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Media Baharu