fb fb fb fb fb

Lelaki ditemui meninggal dunia tergantung pada pokok kelapa sawit

MIRI, 20 Disember- Seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun telah ditemui meninggal dunia dengan keadaan tergantung pada sepohon pokok kelapa sawit di kebun milik mertuanya di Sungai Balim Niah pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan media mengesahkan telah menerima laporan polis pada pukul 10.11 pagi mengenai kejadian berkenaan.


(Mayat seorang lelaki di bawa ke hospital)

Menurut ACP Alexson Naga Chabu, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan barang peribadi mangsa juga masih berada di dalam beg mangsa.

Susulan daripada laporan polis tersebut, satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka bagi mengenalpasti punca kematian.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut kerana ianya akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden tersebut diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat.




Media Baharu