fb fb fb fb fb

42 Penang ruang belia kuasai kemahiran digital

Majlis pelancaran 42 Penang Kampus di George Town

GEORGE TOWN, 30 April- 42 Penang menekankan model pendidikan dengan penyelesaian masalah secara kolaboratif dan latihan langsung melalui projek.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, kampus berkenaan merupakan sebuah institusi latihan tanpa yuran, tanpa pensyarah dan tanpa buku teks.

Ia akan memberi peluang kepada belia dari pelbagai latar belakang untuk menguasai kemahiran digital seperti pembangunan perisian, keselamatan siber dan kecerdasan buatan.

"Kampus ini akan memperkasakan anak muda Malaysia untuk menguasai pembangunan perisian, keselamatan siber, dan kecerdasan buatan (AI) melalui projek dunia sebenar, penyelesaian masalah secara kolaboratif dan bimbingan daripada pemimpin industri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan 42 Penang Kampus di sini.

Menurut Chow Kon Yeow penubuhan kampus tersebut sebagai satu langkah penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia ke arah negara digital.

Pada masa sama pemain industri di negeri itu termasuk syarikat pemula dan syarikat multinasional digalak untuk bekerjasama dengan institusi berkenaan, sama ada melalui bimbingan, penyediaan latihan industri mahupun pengambilan bakat.

Pelancaran 42 Penang turut disokong Sunway Group dan Khazanah Nasional dan dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor digital di utara tanah air.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI