Timbalan Perdana Menteri zahir hargai peranan ahli meteorologi negara

Kakitangan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melihat keadaan satelit di Jabatan Meteorologi /Foto BERMAMA


KUALA LUMPUR, 23 Mac –
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi, khususnya warga Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), atas komitmen mereka dalam memantau dan menyampaikan maklumat cuaca kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tema Hari Meteorologi Sedunia: "Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok".
  • Setiap ramalan dan amaran cuaca memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan rakyat terpelihara.
  • Peranan ahli meteorologi semakin penting untuk melindungi kehidupan dan kesejahteraan generasi akan datang.
  • Ucapan terima kasih atas dedikasi serta usaha berterusan memastikan negara sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata setiap ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan bukan sekadar maklumat, sebaliknya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

“Hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi khususnya warga Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), atas komitmen mereka memantau, menganalisis dan menyampaikan maklumat cuaca secara berterusan kepada kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zahid berkata demikian bersempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia yang bertemakan “Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok”.

Tambah beliau peranan ahli meteorologi menjadi semakin penting dalam memastikan setiap langkah yang diambil hari ini mampu melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

“Terima kasih saya ucapkan atas dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semoga segala usaha ini terus dipermudahkan, insya-Allah,” katanya.