fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang catat penurunan

KUANTAN, 20 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang mencatatkan penurunan kepada 894 orang daripada 222 keluarga yang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka, setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Jumlah itu menurun susulan penutupan PPS Dewan Kampung Pia di Raub pada jam 8.30 pagi tadi.

 

Kesemua 40 orang penduduk terjejas daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS terbabit telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing berikutan air banjir di kawasan itu surut sepenuhnya.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, kesemua penduduk kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daripada 10 PPS itu, lapan daripadanya dibuka di Kuantan hari ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Beserah, SK Sungai Ular, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung, SK Pelindung, SK Cherating, Surau Kampung Chendor dan Balai Raya Bukit Kuin 1.

Di Raub pula, dua PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Ria dan Balai Raya Chenua.

Media Baharu