fb fb fb fb fb

Datuk Johari Abdul mula tugas rasmi

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memulakan tugas secara rasmi di pejabatnya pagi ini.

Beliau tiba sekitar pukul 8.30 pagi dan diiringi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau dan Ketua Pentadbir Parlimen, Nor Yahati Awang.

 



Johari Abdul dijadual mempengerusikan Pembentangan Peruntukan Khas atau Mini Bajet hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, Gurun itu diangkat menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu selepas memperoleh 147 undi berbanding 74 undi diterima bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd. Tadzi Sheikh Ahmad.

(Johari Abdul ketika mengangkat sumpah sebagai
Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15
di Bangunan Parlimen, semalam)

Media Baharu