fb fb fb fb fb

KUSKOP salur geran RM38.7 juta kepada usahawan di Negeri Sembilan

(Foto hiasan)

NILAI, 22 Jun- Sebanyak RM38,779,995 geran pembiayaan dan bantuan di salurkan kepada usahawan dan koperasi yang berdaya maju di Negeri Sembilan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata pembiayaan diberikan pada Program Jelajah Usahawan dan Koperasi MADANI (PJUKM) negeri ini bersempena penganjuran Karnival Negeri Sembilan (NS Fest 2023).

Beliau berkata program tersebut bertujuan memperkasa agenda keusahawanan dalam kalangan usahawan di peringkat negeri.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick)

"Sebanyak 38.7 juta keseluruhannya disalurkan oleh agensi-agensi kementerian iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Bank, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan juga SME Corp. Malaysia.

"Kita berharap kementerian dan agensi-agensi akan terus dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan supaya lebih banyak dan lebih ramai lagi usahawan dan koperasi di negeri ini yang akan mendapat pembiaayaan daripada agensi agensi kita ini", katanya ketika ditemui Media selepas Perasmian Program Jelajah Usahawan dan KoperasiMadani 2023 (PJUKM 2023) Negeri Sembilan di Dataran Nilai.

PJUKM merupakan inisiatif KUSKOP bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan inklusif disamping pendedahan serta maklumat berkenaan program dan inisiatif kementerian dan agensi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, program seumpama itu akan diteruskan ke dua buah negeri iaitu Terengganu dan Pulau Pinang. 

Media Baharu