fb fb fb fb fb

Konsep Malaysia Madani, wadah penyatuan negara berbilang bangsa - Pakar

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Ekstremisme beragama dan perkauman sempit merupakan anasir yang perlu dielak dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty berkata konsep Madani yang digagaskan menerusi kerajaan hari ini dilihat berupaya menangkis fahaman itu.

Jelasnya, teras pembinaan Malaysia Madani yang menekankan aspek menghormati dan meraikan kepelbagaian merupakan benteng menentang ekstremisme agama dan perkauman.

"Sekiranya diambil dengan prinsip kemuliaan insan, pelbagai bangsa, suku kaum, agama dan sebagainya tidak menjadi halangan daripada perspektif Islam untuk melihat sebuah bangsa Malaysia yang bersatu. Seandainya ekstremisme agama dan perkauman ini tidak dikawal, ia pasti akan menghancurkan negara.

Kita melihat enam rukun yang terdapat dalam Malaysia Madani itu, sangat bertepatan dengan kehendak agama Islam. Umpamanya dalam aspek kemampanan dan mahu melihat malaysia yang bertamadun, maju kehadapan, progresif dalam pembangunan fizikal dan tidak meninggalkan pembangunan kerohanian," kata Dr. Muhammad secara eksklusif kepada pemberita RTM ketika dihubungi.

Tambahnya, kesamarataan antara kaum perlu diteruskan tanpa meleburkan identiti bangsa lain demi keamanan sejagat.


(Foto Hiasan)

Media Baharu