KUALA LUMPUR, 22 Jun- Sejumlah 151 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara akan dibaik pulih.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif itu diambil bagi memastikan keselamatan dan keselesaan anggota yang bertugas di sempadan negara.
"Kita nak naik taraf supaya keadaan kondusif. Ini adalah pos barisan hadapan, mereka ditempatkan di lokasi-lokasi strategik, mereka kawal selia segala aktiviti membabitkan penyeludupan.
RM45 juta adalah anggaran yang kami sasarkan dan optimis akan dapat diadakan untuk membolehkan logistik pos PGA itu dapat kami uruskan dalam masa terdekat," kata Saifuddin kepada pemberita di ibu negara.
Tambahnya, hasil pemantauan mendapati bahawa keadaan pos kawalan itu sebahagiannya berada dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan.
(Foto Hiasan)