fb fb fb fb fb

KUSKOP komited bantu usahawan, meliputi semua aspek

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Usahawan yang menghadapi kesukaran untuk membayar semula pembiayaan dibawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi (KUSKOP) diseru untuk tampil bagi tujuan penjadualan serta penstrukturan semula pembiayaan mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Saraswathy Kandasami berkata KUSKOP sentiasa komited untuk membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat  pandemik dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Bagi tahun 2023 sahaja, sebanyak 3,240 akaun telah distruktur semula oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional melibatkan jumlah pembiayaan RM35.45 juta.

Manakala pembiayaan sebanyak RM524.8 juta telah distrukturkan semula oleh SME Bank melibatkan 137 akuan dan Bank Rakyat juga telah menstrukturkan semula akaun melibatkan jumlah pembiayaan RM19.7 juta.

"KUSKOP turut menyediakan bantuan kepada PMKS tempatan meliputi aspek produktiviti dan automasi, aplikasi dalam talian, e-Dagang aplikasi teknologi maklumat serta pelbagai program pembangunan kapasiti termasuk khidmat nasihat, bantuan teknikal, akses kepada kemudahan kewangan dalam membantu usahawan untuk membangunkan dan mempertingkan perniagaan mereka," katanya ketika menjawab soalan Senator, Datuk Juhanis Abd Aziz di Dewan Negara di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu