fb fb fb fb fb

Kurangkan kebergantungan import, tangani kenaikan harga ayam

FOTO HIASAN

REMBAU, 5 Januari - Pengurangan kebergantungan yang tinggi terhadap pengimportan bahan makanan ayam antara solusi utama dalam usaha menangani isu kenaikan harga ayam.

Pelan tindakan dan inisiatif keterjaminan makanan juga perlu dilaksana secara konsisten dan langkah itu dilihat mampu mengawal monopoli pasaran ayam sehingga wujudnya trend kartel.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (Uitm), Nor Azurah Md Kamdari beliau optimis dengan pelaksanaan teori berkenaan kerana ia mampu menjamin kestabilan harga sumber protein utama itu dalam tempoh jangka masa 10 tahun akan datang.

"Kita mahukan persaingan yang sihat yang mana persaingan yang kita ada itu boleh memberi peluang dan membuka ruang kepada usahawan dan petani-petani kecil. Apabila berlakunya seperti (trend kartel) maksudnya ia dah membunuh industri-industri kecil yang lain. Jadi dimana peluang petani-petani kecil itu nak memasarkan bekalan ayam juga tak sihatlah," katanya
kepada RTM di Rembau ketika diminta mengulas berhubung isu kartel ayam dan kenaikan harga ayam baru-baru ini.

Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah sekitar RM415.5 juta kepada lima syarikat pengisar makanan ayam kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 7-1-2) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.

TETITIA YUSOFF