fb fb fb fb fb

Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar

(Tan Sri Noh Omar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Tanjong Karang)

TANJONG KARANG,7 Mac -  Prosedur pengesahan pemberian bantuan banjir dapat dikurangkan birokrasi, bagi mengatasi masalah kelewatan pemberian bantuan kepada mereka terjejas banjir di Selangor perlu disegerkan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Ini kerana tidak dinafikan masih terdapat mereka terkesan banjir pada Disember lalu masih belum menerima bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

(Tan Sri Noh Omar ketika Sidang media selepas Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang anjuran Yayasan Bank Rakyat)

"Jadi saya harap kalau boleh kurangkan birokrasi seperti saya dapat maklumat di Bestari Jaya, bila sudah beri borang kepada pejabat daerah dan tanah (PDT), pegawai di sana pula buat kerja-kerja pengesahan lagi dengan ketua-ketua kampung," Noh yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor

"Sepatutnya, bila sudah dihantar kepada PDT, mereka sepatutnya ada rekod, tidak perlu buat pengesahan semula itulah sebab jadi lambat ini", kata Noh selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang, di sini.

Tambahnya mereka yang terjejas banjir yang belum menerima bantuan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) atau Bantuan Selangor Bangkit (BSB), perlu memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing atau berhubung dengan Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor di Shah Alam.

Seramai 400 pelajar terdiri sekolah menengah dan rendah di Parlimen Tanjong Karang menerima sumbangan peralatan persekolahan.

 

Media Baharu