fb fb fb fb fb

Gegelang sotong disyaki guna logo pengesahan halal palsu

(FOTO GAMBAR HIASAN)

MARANG, 7 Mac - Produk gegelang sotong yang didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi, disyaki menggunakan logo pengesahan halal yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, logo pengesahan halal yang digunakan pada pembungkusan gegelang sotong tersebut, meragukan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih belum dapat dilakukan kerana tiada aduan rasmi yang membolehkan pihak berkuasa memeriksa logo pengesahan halal itu.

(Sidang media selepas Datuk Rosol ketika meninjau perjalanan Program Jualan Keluarga Malaysia di Masjid Kampung Mak Kemas, Marang)

Pengguna yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta segera membuat aduan kepada pihak kementerian.

Tindakan lanjut akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

"Saya mengesyaki ia bukan logo pengesahan halal Jakim atau yang diiktiraf badan itu,"

“Begitupun, siasatan lanjut masih belum dapat dilakukan kerana tiada aduan rasmi yang membolehkan kami memeriksa logo pengesahan halal itu,” katanya ketika meninjau perjalanan Program Jualan Keluarga Malaysia di Masjid Kampung Mak Kemas di sini.

Media Baharu