fb fb fb fb fb

Pyongyang dakwa pelancaran roket bagi uji sistem satelit

(Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang disifatkan sebagai pelancaran terbesar sejak 2017- AFP)

SEOUL, 7 Mac - Korea Utara mendakwa pelancaran roket baru-baru ini adalah bagi menguji sistem satelit peninjau.

Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Kebangsaan (NADA), Korea Utara dan Akademi Sains Pertahanan menjelaskan, program itu dilaksana bawah rancangan pembangunan satelit.

Menerusi ujian itu, NADA mengesahkan kebolehpercayaan penghantaran data dan sistem penerimaan satelit, sistem arahan kawalannya dan pelbagai sistem kawalan berasaskan darat.

(FOTO AGENSI BERITA PUSAT KOREA)

"Korea Utara tidak menghuraikan jenis roket yang digunakan dalam pelancaran tersebut,"

"Pihak berkuasa tentera negara sekitar bagaimanapun melaporkan roket yang digunakan kelihatan seperti peluru berpandu balistik, dilancar dari kawasan berhampiran Pyongyang," Menurut kenyataan NADA.-REUTERS

 

Media Baharu