fb fb fb fb fb

Kurang satu jam, 1,000 ekor ayam habis dijual

MERLIMAU, 9 Julai- 1,000 ekor ayam habis dijual dalam tempoh kurang sejam.

Demikian sambutan menggalakkan menerusi program Jualan Amal Ayam Segar Merlimau anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Merlimau menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh, inisiatif dilaksana sebagai usaha mengurangkan bebanan rakyat untuk persediaan menyambut perayaan Aidiladha.

Jelasnya, orang ramai mula memenuhi perkarangan Balai Raya Merlimau Pasir seawal pukul 7.00 pagi bagi mendapatkan ayam segar.

"Tujuannya tak lain tak bukan untuk meringankan sedikit sebanyak bebanan rakyat.

Seperti kita sedia maklum, harga pasaran ayam adalah RM9.40 jadi hari ini kita jual dgn RM6.50 jadi sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat kampung terutama untuk menyediakan juadah hari raya esok," katanya selepas program jualan berkenaan di sini.

(Dr. Muhamad Akmal Saleh, ADUN Merlimau)

Beliau yang juga merangkap Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka memaklumkan, program berkenaan turut mendapat kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Jasin dan Pertubuhan Muafakat Komuniti Ihsan Melaka.

Tambahnya, program tersebut dijangka akan terus diperluas dengan pertambahan jumlah jualan bagi membantu masyarakat.

Media Baharu