fb fb fb fb fb

Kunjungan ulama India, Mesir perkukuh kerjasama dalam pendidikan - Mohd Na’im

(Foto Alisa Yusra Abdul Malek)

PUTRAJAYA, 21 Julai- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar hari ini menerima kunjungan hormat dari Mufti Besar India, Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad dan Ulama Al Azhar Mesir, Al Allamah Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhari di pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya.

Menurut Mohd Na’im, kunjungan itu dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan terutama kajian ilmu Islam dan hadis.

"Kedua-dua ulama ini hadir membuat kunjungan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai satu usaha memperkukuhkan hubungan antara  Mesir dan juga India dan dengan Kerajaan Malaysia khususnya dalam konteks pendidikan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, dalam rangka lawatan Syeikh Abu Bakar ke negara ini, beberapa sesi majlis ilmu termasuk Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari akan diadakan esok di Putrajaya yang dijangka turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Mohd Na’im, beliau sangat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syeikh Abu Bakar dan Sheikh Usamah di atas kunjungan tersebut dan mengharapkan agar masyarakat Malaysia memperoleh manfaat daripada kehadiran kedua-dua ulama tersebut.


(Foto Alisa Yusra Abdul Malek)

Media Baharu