fb fb fb fb fb

Program Jom Menabung, subsidi cermin mata akan diperluas

(Program itu disasarkan kepada golongan B40 dan penerima bantuan eKasih
Miskin dalam kawasan DUN Indera Kayangan)

KANGAR, 21 Julai- Seramai 400 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Jom Menabung Bersama SSPN dan Subsidi Cermin Mata.

Program itu disasarkan kepada golongan B40 dan penerima bantuan eKasih Miskin dalam kawasan DUN Indera Kayangan.

Menurut ADUN, Gan Ay Ling, program Jom Menabung bersama SSPN bertujuan mengalakkan amalan menabung dalam kalangan ibu bapa dan pelajar sebagai satu langkah persediaan awal ke pusat pengajian tinggi selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Program bersubsidi itu terbuka kepada pelajar berumur 9 hingga 15 tahun dalam DUN Indera Kayangan.

Subsidi RM20 diberikan kepada yang menabung RM30 dan RM50 kepada yang menabung RM50.

Manakala Program Subsidi Cermin Mata dihadkan kepada dua orang setiap keluarga terdiri daripada seorang dewasa berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dalam kalangan pelajar sekolah rendah atau menengah.

"Subsidi sebanyak RM200 diberi kepada golongan dewasa yang membuat cermin mata dan RM100 bagi kanak-kanak dengan konsep buat dahulu cermin mata di mana-mana pusat optometri dan menuntut semula subsidi di Pusat Khidmat DUN Indera Kayangan," kata Gan di Program Jom Menabung Bersama SSPN dan Subsidi Cermin Mata di perkarangan sebuah pasar raya di sini.

Berdasarkan sambutan baik yang diterima, program itu akan diperluas ke kawasan DUN lain di seluruh Perlis.

(Program Jom Menabung, subsidi cermin mata akan diperluas)

Media Baharu