fb fb fb fb fb

Anwar, Pham bertukar-tukar buku di Book Street Hanoi

(Datuk Seri Anwar (kiri) bertukar buku dengan rakan sejawatnya Pham
Minh Chinh ketika melawat Book Street di Dinh Le Street/BERNAMA)

HANOI, 21 Julai- Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan melawat Book Street Hanoi sambil sembang santai menikmati kopi Vietnam bersama delegasi Malaysia-Vietnam.

Turut hadir Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Ming.

Anwar bersama delegasi Malaysia meluangkan masa hampir sejam saling bertukar-tukar pandangan mengenai koleksi karya dan buku yang terdapat di Book Street Hanoi yang merupakan jalan buku pertama di Hanoi dan dibuka pada Mei 2017.

Terdapat 16 kedai buku di sini.

Pada akhir lawatan, kedua-dua pemimpin sempat bertukar-tukar buku.

Anwar menerima buku berjudul "Lãng du trong Văn hoá Việt Nam" (Wandering through Vietnamese Culture) manakala Pham menerima buku bertajuk "Malaysia: Blooms, Foliage and Fruits".

(Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama rakan sejawatnya
Pham Minh Chinh ketika melawat Book Street di Dinh Le Street/BERNAMA)

Anwar dalam pada itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Noor bersama komuniti Islam di Hanoi.

Masjid Al-Noor merupakan satu-satunya masjid di Hanoi berkapasiti 200 jemaah.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada imam masjid berkenaan bagi kegunaan komuniti islam di hanoi serta membaik pulih masjid berkenaan

(Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Noor bersama komuniti
Islam di Hanoi
)

 

Media Baharu