fb fb fb fb fb

Kubu lama di Kampung Bertam Baru dipelihara, untuk tatapan generasi akan datang

GUA MUSANG, 16 Ogos - Sebuah kubu pertahanan berusia 80 tahun di Kampung Bertam Baru, di sini kekal menjadi tinggalan sejarah.

Terletak berhampiran Balai Polis Bertam, kubu lama itu tidak pernah dilupakan penduduk tempatan dan masih dijaga penduduk kampung sebagai kenangan untuk tatapan generasi baharu.

Seorang warga emas Kampung Bertam Baru, Mat Lia Senik, 80, berkata kubu itu pernah menjadi tempat tentera negara berselindung dan menyerang komunis yang cuba memasuki kampung berkenaan.

Ketika zaman itu katanya, penduduk di kampung berkenaan kerap diganggu pihak komunis.

(Antara penduduk setempat yang menjaga kubu lama di Kampung Bertam Baru)

"Ketika zaman perang Jepun dahulu, apabila orang Inggeris kalah mereka serah diri kepada Jepun la. Semasa pemerintahannya, kubu ini dibina, untuk menjaga orang Inggeris," kata Penduduk tempatan, Mat Lia Senik di sini.

Penduduk kampung Bertam Baru akan membersihkan dan memasang bendera di sekitar kawasan kubu itu setiap kali sambutan Hari Kebangsaan.

"Kubu itu ada juga diteroka untuk tujuan tanaman dan sebagainya. Jadi yang ada kini sebagai kenangan adalah jambatan ini, depan balai polis. Itu adalah kubu kekal semasa darurat dulu. Jadi kini masih ada. Masih dalam keadaan baik," kata Hanafi Jusoh.

"Peninggalan kubu itu bagi memudahkan kawalan keselamatan jadi, sehingga kini kubu itu kalau kita lihat masih lagi dijaga dengan diletakkan satu papan tanda kubu peninggalan penjajah. Jika kita lihat hari ini, sempena sambutan kemerdekaan, diletakkan bendera dengan kawasan telah dibersihkan untuk generasi masa depan. Mudah-mudahan dapat mengembalikan kenangan semasa pemerintahan komunis dulu," Naim Sulaiman.

Kubu tersebut dipercayai dibina pada tahun 1942 ketika zaman penaklukan tentera Jepun di Tanah Melayu dan diletakkan satu papan tanda sebagai peringatan kubu peninggalan zaman penjajah.

Media Baharu