fb fb fb fb fb

3 projek besar bakal dibina di Kelantan, atasi isu bekalan air

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Kelantan akan menerima tiga projek besar bagi mengatasi masalah bekalan air terawat di negeri itu.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ia merangkumi pembinaan loji takungan air di Machang dengan kapasiti 500 juta
liter sehari dengan kos pembinaan sebananyak RM1.3 bilion.

Seterusnya projek kedua ialah di kawasan Pasir Putih yang mampu membekalkan sehingga 50 juta liter air sehari manakala satu lagi di Pasir Mas.

Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim tarif air tidak akan dinaikkan bagi kegunaan domestik meskipun kos bagi merawat air bawah tanah adalah tinggi.

(Tuan Man menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Dr Ahmad azam Hamzah
dalam persidangan Dewan Negara) 

"InsyaAllah usaha yang dibuat oleh kementerian, kita melihat kita berada di landasan yang betul dan kita telah meluluskan untuk tarif air bagi bukan domestik, manakala bagi domestik kita memahami ekonomi rakyat kesusahan rakyat , jadi kerajaan menangguhkan atau tidak naik tarif air untuk domestik dan kita hanya beri kepada kawasan kawasan industri, itu pun kenaikan sekadar RM5," kata Tuan Man.


Media Baharu