fb fb fb fb fb

100 Peserta sertai Program Kembara Merdeka FELDA

MATA AYER, 16 Ogos- Seramai 100 peserta terdiri anak muda Pertubuhan Kami Anak Felda Wilayah Alor Setar menyertai Program Kembara Merdeka FELDA Wilayah Alor Setar.

Bertepatan dengan sambutam Bulan Kebangsaan ini, semangat patriotisme yang tinggi ditonjolkan generasi muda yang cintakan negara.


(Majlis Pelancaran Program Kembara Merdeka Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia Wilayah Alor Setar di sini)

Menurut Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Alor Setar, Mohd Rohanas Mohd Nor, kemerdekaan bukan hanya bebas dari penjajahan secara fizikal namun kini beralih kepada penjajahan secara maya dimana masyarakat perlu bijak menilai sebarang maklumat yang sahih dan tepat agar minda kita tidak dijajah dengan anasir yang negatif.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Program Kembara Merdeka Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia Wilayah Alor Setar.

Program yang berlangsung di Felda Mata Air, Padang Besar akan menjelajah kesemua 13 rancangan FELDA Wilayah Alor Setar sehingga 30 Ogos ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65

Media Baharu