fb fb fb fb fb

Kuala Kedah dilanda banjir kilat susulan air pasang besar, hujan lebat

KUALA KEDAH, 16 Mei- Beberapa kawasan di sekitar Kuala Kedah dekat Alor Setar, Kedah dinaiki air, tengah hari tadi.

Ia dikatakan berpunca daripada fenomena air pasang besar yang turut disertai hujan lebat sejak malam tadi.

Fenomena air pasang besar itu dilapor bermula pada pukul 1 tengah hari tadi.


(Kelihatan beberapa penduduk di kawasan terjejas yang dinaiki air mula mengalihkan barangan mereka)

Antara kawasan yang dinaiki air termasuk tempat letak kenderaan di Terminal Feri Kuala Kedah, Pekan Kuala Kedah dan Kampung Tok Pasai.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir tersebut serta sekitar Pekan Kuala Kedah, dimasuki air.

Turut dinaiki air, kawasan sekitar Jeti Pendaratan Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah sekaligus menjejaskan seketika aktiviti perniagaan di kawasan itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (Pertahanan Awam) Norlizawati Ismail berkata setakat ini tiada kemalangan jiwa dan tiada pemindahan mangsa dilaporkan.

Media Baharu