fb fb fb fb fb

Tadau Keamatan: Generasi muda perlu kukuh adat resam, budaya

LABUAN, 16 Mei- Kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR), khasnya anak-anak muda di Labuan diseru untuk terus menjadikan pegangan adat resam dan kebudayaan mereka sebagai pemangkin utama ke arah kemajuan kendiri dalam pelbagai bidang.

Naib Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Duun (KDCA), Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, kaum KDMR memainkan peranan mempertahankan budaya unik mereka.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata dengan tema “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi” menekankan supaya sekitar perlu dijaga dan dilindungi agar keindahan semulajadi dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

Beliau berucap merasmikan Pesta Kaamatan peringkat KDCA Labuan di Padang Majal, Pohon Batu.


(Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam merasmikan Pesta Kaamatan peringkat KDCA Labuan di Padang Majal, Pohon Batu)

Sementara itu, Pengerusi KDCA Labuan, Peter Pikul ketika ditemui berkata, sambutan kali ini memberi makna kepada kaum KDMR setelah dua tahun tidak dapatdilaksanakan susulan ancaman COVID-19.

"Sungguh tidak kami sangka penganjuran ini amat memberangsangkan. Anggaran kita lebih kurang 2,000 ahli dan orang ramai yang datang untuk meraikan Pesta Kaamatan. Acara yang paling ditunggu-tunggu adalah Unduk Ngadau Bapa-bapa," katanya.


(Pengerusi KDCA Labuan, Peter Pikul)

Bagi pengunjung, Maxine Chantelle menyifatkan sambutan perayaan yang pelbagai di negara ini dapat mengeratkan perpaduan yang sedia ada terjalin.

"Dapat mengeratkan pelbagai kaum di Malaysia sebab kita kan negara majmuk, banyak campuran sudah. Jadi ok lah semua pun satu hati tiada gaduh-gaduh semua ok. Setiap perayaan kita sambut bersama tidak kira kaum dan agama," katanya.

Pesta Kaamatan disambut di Sabah dan Labuan pada 30 serta 31 Mei setiap tahun dan turut dikenali sebagai Pesta Menuai.

Media Baharu