fb fb fb fb fb

Garis panduan pertukaran guru ditambah baik

(Datuk Dr Radzi Md Jidin (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2022 kepada Datuk Dr Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-51/BERNAMA)

BACHOK, 16 Mei - Kementerian Pendidikan (KPM) menambah baik beberapa struktur sistem pendidikan negara bagi memastikan kecekapan pengoperasian sekolah dan tanggungjawab para guru dapat ditingkatkan.

Sebahagiannya sedang dalam pelaksanaan manakala selebihnya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, antara perkara yang akan diberi perhatian ialah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual dan penggredan sekolah seluruh negara.

Turut ditambah baik, soal kebajikan guru khususnya melibatkan permohonan pertukaran guru yang kini boleh dibuat sepanjang tahun melibatkan empat kali pertukaran setahun mengikut kesesuaian tempat dan opsyen mata pelajaran di negeri yang dipohon.

"Kadang-kadang mereka ditempatkan di sebuah sekolah dah ramai cikgu mengajar mata pelajaran yang sama mereka kena ajar mata pelajaran lain tapi bila dia mengajar mata pelajaran lain perkara ini tidak ditunjukkan dalam maklumat e-operasi sebagai opsen mata pelajaran.

"Mereka bila dia mohon pertukaran akan berdasarkan apa yang ada ikhtisas mereka jadi dia akan kata kami dah lama mengajar mata pelajaran lain tapi bila nak masuk ke negeri ini kena ikut mata pelajaran ikhtisas asal, ini menimbulkan kekangan", kata Dr Radzi dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-51 bagi tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini.

Datu Dr Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah dianugerahi Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022, manakala Roslan Yatim menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022.

(Datuk Dr Radzi Md Jidin menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-51 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok/BERNAMA)

Mengulas lanjut, Datuk Dr Radzi berkata pada masa sama, satu sistem pengisian pangkalan data maklumat secara berpusat turut akan di bangunkan supaya urusan pengumpulan pelbagai maklumat milik pelajar dan sebagainya dapat di buat dengan lebih efisian oleh pihak sekolah.

Tambah beliau, ketidakcekapan yang berlaku dalam struktur sistem sekolah akan diatasi bagi memastikan setiap guru dapat mengisi masa mendidik atau mengajar secara optimum.

Media Baharu