fb fb fb fb fb

KSN sembah taklimat persediaan banjir kepada YDP Agong

(Foto Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 16 November- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan sembah taklimat berkenaan langkah persediaan menghadapi banjir oleh agensi-agensi kerajaan di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Dr. Haji Md. Nasir Md. Noh, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Seri Mohammad Hamdan Haji Wahid dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus.

Pada sesi persembahan taklimat itu, Seri Paduka Baginda menitahkan semua agensi menitikberatkan koordinasi bantuan dan operasi menyelamatkan mangsa banjir.

Ini bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan, tepat dan cepat.

Seri Paduka Baginda turut bertitah koordinasi yang baik antara semua agensi adalah amat penting supaya tidak berlaku pertindihan tugas ketika pelaksanaan operasi menyelamatkan mangsa banjir dan misi bantuan kepada mangsa banjir.

(KSN sembah taklimat persediaan banjir kepada YDP Agong/Istana Negara)

Media Baharu