fb fb fb fb fb

Penduduk Tapah terima surat tawaran Program Latihan NIOSH

(Datuk Seri M. Saravanan berkata penduduk Tapah terima surat tawaran
Program Latihan NIOSH)

TAPAH, 16 November- Seramai 100 penduduk Tapah menerima surat tawaran Program Latihan NIOSH bawah tajaan Geran PTPK 2022 di Pusat Latihan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Ansonex.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, berkata program ini dilaksanakan secara berperingkat di kawasan Tapah bagi melahirkan modal insan cemerlang dalam kalangan pekerja.

Geran khas PTPK juga dapat membantu pekerja atau siswazah menjalani kursus latihan secara percuma bagi meningkatkan kemahiran.

"Kita perlu lahirkan modal insan, apabila sebut pembangunan, pembangunan bererti melahirkan modal insan dan sejak saya jadi wakil rakyat saya telah pun mengadakan program-program seperti ini secara berperingkat," kata Saravanan kepada media di sini.

"Jadi program itu macam rakyat yang kata belajar dan siswazah jadi mereka hendak kena ambil ek kursus-kursus untuk meningkatkan mereka punya kebolehan pekerjaan," kata Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh.

Lebih RM2 juta diperuntukkan kementerian melalui NIOSH dalam membangunkan industri kemahiran di seluruh negara.

(Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh)

Media Baharu