fb fb fb fb fb

TERAJU mahu 60% kontrak DNB diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 16 November- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mahu sekurang-kurangnya 60% kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera,
merangkumi pembekalan peralatan dan perkakas infrastruktur perkhidmatan 5G nasional.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman menerusi satu kenyataan berkata golongan Bumiputera yang mempunyai kepakaran dan merit harus diberi peluang turut serta dalam pembangunan digital negara.

"TERAJU turut mencadangkan penubuhan Unit Pembangunan Syarikat Bumiputera dan Jawatankuasa Agenda Bumiputera selain Unit Bumiputera dalam Pengurusan Projek dalam DNB," menurut kenyataan itu.

Kata beliau menerusi sesi perbincangan kumpulan berfokus, TERAJU telah mengenal pasti isu berkaitan termasuk tenaga kerja tempatan, kos latihan, pensijilan, permit, peralatan selain bebanan modal kerja syarikat Bumiputera.

Sektor Ekonomi Digital berpotensi menghasilkan Lebihan Operasi Kasar bernilai RM338.78 bilion dengan 427,138 peluang pekerjaan menjelang 2030, seperti digariskan Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB) 2030.


(TERAJU mahu 60% kontrak DNB diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera)

Media Baharu