fb fb fb fb fb

KSM SASAR 90% skor Indeks Keharmonian Perusahaan

(V Sivakumar berkata ketika ini skor yang diperoleh di peringkat nasional adalah sebanyak 78.9%)

IPOH, 13 Julai- Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 90% skor Indeks Keharmonian Perusahaan (IHI) pada masa akan datang.

Menterinya, V Sivakumar berkata ketika ini skor yang diperoleh di peringkat nasional adalah sebanyak 78.9%.

Indeks itu dibangunkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) bagi mengukur dan menentukan tahap keharmonian perusahaan dalam menarik pelabur asing.

"Kalau secara umunya kita hendak lihat di negara kita hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja ini tidak ada sebarang mogok kebelakangan ini. Kita tidak pernah dengar mana-mana syarikat yang menghadapi masalah seperti itu.

"Ini secara umumnya membuktikan bahawa terdapat langkah pengharmonian antara pekerja dengan majikan di negara kita dan kita mahu perkara ini terus berlaku supaya kita dapat memastikan seperti yang saya sebut awal tadi produktiviti dan tahap ekonomi negara mencapai tahap lebih cemerlang pada masa akan datang," kata V Sivakumar kepada pemberita selepas merasmikan Program Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Perak Tahun 2023 di sini.

(V Sivakumar berkata KSM SASAR 90% skor Indeks Keharmonian Perusahaan)

Media Baharu