SEGAMAT, 29 Disember - Negeri Johor kembali dilanda banjir membabitkan daerah Segamat.
Enam pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan setakat pukul 6 pagi tadi menempatkan 103 penduduk terjejas daripada 32 keluarga.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan, seramai 40 penduduk ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Batu Badak.
Manakala 30 lagi di Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli, Segamat Kecil.
Balairaya Kampung Paya Lebar pula menempatkan 16 penduduk dan 10 lagi di PPS Dewan Serbaguna Pekan Air Panas.
Lima penduduk berlindung di Balairaya Kampung Jabi sementara dua orang di Dewan Serbaguna Kampung Tasek.