PUTRAJAYA, 13 Julai- Barisan Nasional (BN) akan bertanding di lebih 100 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum DUN ke-15 di enam negeri bulan depan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesemua urusan penentuan calon sudah selesai dan akan diumumkan secara rasmi pada 21 Julai.
"Calon-calon mengikut kawasan-kawasan yang telah kami persetujui dan ketika itu watikah-watikah akan diberikan dan calon-calon akan berada di situ ketika pengumuman dilakukan," kata Ahmad Zahid kepada media di sini ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi BN dalam PRU DUN.
Sementara itu, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, parti tersebut tidak diperuntukkan banyak kerusi dan kebanyakan calonnya diletakkan di kerusi sama yang dimenangi dalam pilihan raya lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian, dan penamaan calon pada 29 Julai.
(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata kesemua urusan penentuan calon sudah selesai
dan akan diumumkan secara rasmi pada 21 Julai)