fb fb fb fb fb

KSM belum cadang sedia skim pemilikan rumah pekerja ladang

Datuk Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kerajaan melalui Kementerian Menteri Sumber Manusia (KSM) belum bercadang mewajibkan syarikat perladangan menyediakan skim pemilikan rumah bagi pekerja ladang yang bersara untuk memiliki rumah sendiri.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mustapha Sakmud, kementeriannya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kementerian atau agensi dalam merangka Dasar Perumahan Perladangan.

Ketika ini, kerajaan hanya menyediakan Skim Khas Pembiayaan Rumah Estet yang membolehkan pekerja ladang tempatan membeli rumah ketika mereka masih
bekerja dan seterusnya memiliki rumah sendiri setelah mereka bersara.

"Melalui skim ini, kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah pada kadar faedah tetap yang sangat rendah iaitu pada kadar dua peratus berbanding dengan pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh bankā€“bank komersial.

"Tempoh pembiayaan maksimum ialah sehingga 35 tahun. Selain itu, skim ini juga membenarkan pembiayaan dua generasi dan turut menawarkan pembiayaan untuk membeli hartanah baharu, pembelian rumah sub jualan dan pembinaan rumah sendiri," katanya ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkenaan perancangan mewajibkan syarikat perladangan menyediakan skim pemilikan rumah buat pekerja ladang warganegara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI