fb fb fb fb fb

Kadar inflasi Malaysia, meningkat dengan kadar perlahan

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kadar inflasi Malaysia setakat September; meningkat dengan kadar perlahan iaitu 1.9 peratus.

Ia merupakan kadar terendah dalam tempoh 30 bulan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika membacakan jawapan bagi Kementerian Ekonomi berkata, penyederhanaan itu disokong oleh penurunan berterusan indeks bagi beberapa komponen.

Antaranya, kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, kumpulan pengangkutan serta kumpulan restoran dan hotel.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa komponen yang mencatatkan peningkatan seperti kumpulan pakaian dan kasut serta minuman alkohol dan tembakau.

"Secara dasarnya, penyederhanaan inflasi bukan bermaksud penurunan paras harga tetapi merujuk kepada peningkatan harga barangan pada kadar yang lebih perlahan.

"Walaupun pengguna akan mendapat manfaat dari kejatuhan harga barangan dan perkhidmatan atau deflasi pada peringkat awal, namun kesejahteraan rakyat mungkin akan terjejas akibat daripada kejatuhan kadar gaji dan upah atau lebih buruk lagi kehilangan pekerjaan," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar di Dewan Rakyat.

Ketika ini, negara lebih menumpukan kepada pelaksanaan dasar monetari dan dasar sektoral bagi memenuhi kepentingan negara, dengan mengambil kira kedudukan permintaan dan penawaran dalam ekonomi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI