fb fb fb fb fb

Landskap luar bandar kondusif, buka peluang pekerjaan

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Penyediaan landskap luar bandar yang kondusif mampu menjana ekonomi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada semua ketegori termasuk golongan belia.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, langkah itu juga sebagai usaha mengurangkan kadar migrasi luar bandar ke bandar.

Pada masa sama kementeriannya  turut  mengadakan pelbagai program termasuk Program Desa Lestari bagi memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung.

Ketika ini sebanyak 199 buah kampung di seluruh negara tersenrai dalam program berkenaan.

"Dan Alhamdulillah peningkatan yang ketara berlaku bukan sahaja daripada sudut peningkatan pendapatan malah daripada sudut peluang pekerjaan. Program ini masih lagi dalam pelaksanaan yang mana sasaran kita setiap tahun dalam limngkunga tujuh ke 10 buah kampung di seluruh negara.

"Dan Insya-Allah kita akan pergiatkan lagi dengan program lain seban ini bukan salah satu program yang kita buat, banyak lagi program lain dalam usaha meningkatkan pendapatan dan kesejahteraanmasyarakat luar bandar," kata Rubiah, menjawab soalan tambahan wakil Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman berhubung bagaimana cara mengurangkan kadar migrasi luar bandar ke bandar.

TETITIA YUSOFF