fb fb fb fb fb

KRIBA dijangka siap pada 2030, bantu kurangkan kesesakan Hospital Melaka

AYER KEROH, 25 Julai- Melaka bakal mempunyai Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) Melaka menjelang 2030.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata , KRIBA ini dapat membantu mengurangkan kesesakan Hospital Melaka dengan menempatkan 476 katil yang dikhaskan untuk menempatkan golongan wanita dan kanak-kanak.

Katanya , setakat ini telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat dan pembinaan dijangka bermula 2025 di kawasan Kolej Jururawat Melaka.

"Kita jangka, Insya-Allah KRIBA ini akan mula dibina pada tahun 2025 selewat lewatnya dan dijangka siap serta boleh beroperasi sepenuhnya pada tahun 2030," kata Dr Muhammad Akmal.

Beliau berkata demikian selepas Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke 15 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tambahnya, pihak hospital menambah baik perkhidmatan hospital dengan mengambil langkah proaktif seperti mewujudkan Hospital Kluster Melaka di Hospital Jasin dan Alor Gajah.

 


(Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh)

Media Baharu