fb fb fb fb fb

Cacar monyet diisytihar darurat kesihatan global, KKM siap siaga hadapi kemungkinan jangkitan dalam negara

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Jangkitan cacar monyet kini diumum sebagai darurat kesihatan awam yang mencetuskan kebimbang masyarakat antarabangsa.

Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan jangkitan dalam negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini telah mempertingkatkan survelan dan advokasi mengenai cacar monyet.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"KKM mempertingkat kapasiti makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan virus cacar monyet, iaitu lapan makmal Kerajaan dan empat makmal swasta," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, survelan di pintu masuk antarabangsa negara (PMA) juga diperketat dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), syarikat-syarikat penerbangan dan agensi berkaitan termasuk pihak Malaysian Airlines Holding Berhad (MAHB).

Media Baharu