fb fb fb fb fb

Kilang buat paip PVC terbakar

Foto JBPM

RAWANG, 3 Oktober - Sebuah kilang membuat paip Polyvinyl Chloride (PVC) di Taman Kundang Jaya, Kundang, musnah selepas terbabit kebakaran malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, panggilan berhubung kejadian diterima pada pukul 10.26 malam.

"Pasukan pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang terus digegaskan ke lokasi dan tiba 15 minit kemudian," jelas kenyataan tersebut.

Komander Operasi, PBK I KUP Mohd Rizan Mat Zin memaklumkan, api berjaya dikawal daripada merebak ke kilang bersebelahan pada pukul 11.30 malam.

"Kilang ini terbakar kira-kira 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," jelasnya.

Operasi turut melibatkan 36 anggota termasuk dari BBP Rawang, Bestari Jaya, Selayang dan Shah Alam bagi membantu kerja pemadaman.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN