fb fb fb fb fb

GSF: Kedutaan pastikan tahanan Malaysia dilindungi undang-undang

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan telah bertemu dengan pasukan peguam Malaysia di Amman bagi memastikan tahanan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), mendapat perlindungan undang-undang yang adil dan telus.

Menerusi perkongsian di Facebook, kedutaan tersebut memaklumkan ia sedang memantau rapat perkembangan pergerakan rakyat Malaysia dalam misi GSF, terutama mereka yang ditahan Israel.

"Pihak Kedutaan juga turut berhubung dengan negara-negara sahabat ASEAN di Amman dan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat semasa berkenaan tahanan Malaysia serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya,” menurut kenyataan tersebut.

Kementerian Luar sebelum ini memaklumkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Misi yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia itu, berlayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan Israel.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM